suria

Pengarah Sekolah Jalin Cinta Dengan Budak 14 Tahun

BANGKOK: Seorang pengarah sekolah berusia 51 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan romantik dengan pelajar sekolah berusia 14 tahun di daerah Nakhon Ratchasima’s Bua Yai, Thailand dipindahkan dengan serta-merta.

Pengarah tersebut, Nathapop Boonthongtho dipindahkan keluar daripada sekolah kepada satu jawatan yang tidak aktif sementara siasatan oleh panel disiplin dijalankan.

Nathapop tidak hadir ke tempat kerja pada minggu ini.

Jika didapati bersalah, dia akan digantung tugas daripada perkhidmatan awam dan turut berdepan tuduhan jenayah.

Perkara itu dinyatakan oleh timbalan pengarah Pejabat Pelajaran Pendidikan Rendah Nakhon Ratchasima 6, Supapongsa Chantharang pada Selasa.

Ahli jawatankuasa dan para guru di Sekolah Ban Patong Thanoen Samakkee mendedahkan tentang skandal tersebut kepada pihak media dengan menyerahkan mesej perbualan yang diambil daripada telefon pelajar terbabit sebagai bahan bukti.

Bukti itu mendorong Pejabat Pelajaran Pendidikan Rendah Nakhon Ratchasima 6 untuk menubuhkan panel disiplin bagi menyiasat tuduhan tersebut.

Ketua Promosi Penyediaan Pendidikan, Khomkrit Mumthaisong, yang memimpin anggota panel tersebut telah mengunjungi sekolah itu untuk menyelidik tentang hubungan pasangan tersebut yang sudah terjalin selama tiga bulan.

Cinta mereka dilaporkan berputik sebaik pengarah sekolah itu menggalas jawatan tersebut di sekolah berkenaan. – The Nation/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain