Implan Wajah Dengan 'Belon' - Dunia | mStar

Implan Wajah Dengan 'Belon'

Wajah Xiao Yan yang diimplan bagi membentuk tisu baharu. Foto Asia Wire

WAJAH seorang wanita terpaksa 'ditanam' dengan empat biji 'belon' demi menyelamatkan nyawanya.

Keadaan itu disebabkan kebimbangan doktor mengenai tanda lahir yang menutupi separuh mukanya boleh mengakibatkan kanser.

Xiao Yan memerlukan rawatan yang pelik bagi membolehkannya membina tisu baru yang boleh digunakan oleh doktor untuk membentuk wajahnya apabila tanda lahir itu dikeluarkan.

Gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kampung Longjing di wilayah Guizhou di China itu mengalami 'congenital melanocytic nevus', yang berlaku setiap 500,000 orang.

Yan kini terpaksa menunggu beberapa bulan lagi dengan keadaan wajahnya dilitupi 'belon' bagi menarik kulitnya di empat bahagian sebelum dia mendapat 'wajah baharu'. - Mail Online

belon , kanser

Artikel Sebelum

Anak Lembu Jalan Seperti Manusia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ustazah sekolah dikhuatiri hilang