suria

Lima Maut Serangan Bom Berani Mati Di Libya

MISRATA (Libya): Lima orang maut dan lapan lagi cedera dalam satu insiden pengeboman berani mati yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di luar bandar Misrata di Libya pada Ahad.

Seorang pengebom berani mati yang membawa sebuah kereta sarat dengan bahan letupan merempuh ke bahagian utama pemeriksaan keselamatan di barat Misrata, kata pegawai.

Beberapa kereta dan kedai berhampiran turut musnah dalam kejadian itu.

Menerusi satu kenyataan di Twitter, IS yang membuat dakwaan mengenai serangan itu berkata, ia dilakukan oleh seorang warga Tunisia.

Kumpulan militan IS melakukan beberapa serangan di kawasan Misrata termasuk beberapa bahagian di Libya, bagi menjejaskan tahap keselamatan berikutan konflik yang berlaku antara dua kerajaan bagi menguasai negara pengeluar minyak itu. - REUTERS


IS

Artikel Lain