suria

MPA Lancar SAR Untuk Kapal Korek Bolivia Karam Di Perairan Singapura

- Gambar hiasan
SINGAPURA: Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas sebuah kapal korek didaftarkan di Bolivia, Oceanline SC208, karam 7.5 batu nautika ke timur laut Pulau Batu Putih (Pedra Branca) di perairan Singapura.

Dalam satu kenyataan, MPA berkata ia telah menerima laporan mengenai insiden itu pukul 10 pagi Rabu.

Menurut ejen kapal, 15 kru berada dalam kapal semasa insiden itu.

Seorang warga China dilaporkan telah diselamatkan oleh kapal dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Empat belas anggota kru masih belum dijumpai, seorang warga Malaysia manakala selebihnya rakyat China.

Dua buah kapal segera dihantar oleh MPA.

Singapura menyelaras operasi SAR membabitkan kapal-kapal dari Tentera Laut Singapura iaitu RSS Daring dan RSS Fearless, Pengawal Pantai Polis Singapura dan beberapa buah kapal dari Malaysia.

MPA juga telah mendapatkan khidmat syarikat salvaj untuk menjalankan operasi salvaj.

Pemberitahuan navigasi telah dibuat kepada kapal-kapal di sekitar perairan supaya menjauhi kawasan SAR dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika menemui mangsa-mangsa yang hilang. MPA sedang menyiasat insiden itu.


MPA, Kapal Korek Bolivia

Artikel Lain