suria

100 Pendaki Terkandas Di Tibet

TIBET: Lebih 100 pendaki warga Nepal terkandas di Tibet berikutan gempa bumi yang melanda Nepal, lapor pihak berkuasa tempatan.

Seramai 470 pendaki asing dari 32 negara berlainan membatalkan pendakian demi keselamatan di wilayah Autonomi Tibet di barat daya China selepas kejadian gempa bumi melanda Nepal bulan lalu.

Gempa bumi tersebut mengorbankan seramai 7,885 manakala 17,803 yang lain cedera.

Menurut Naib Pengarah Biro Sukan Serantau, Nyima Cering memberitahu bahawa selain daripada pendaki gunung tersebut, seramai 346 orang telah dipindahkan setakat ini termasuk 207 warga Nepal. Selebihnya akan dihantar pulang secara berkumpulan menggunakan penerbangan Udara China.

Jeneral Konsul Nepal wilayah Tibet ibu negeri Lhasa, Hari Prasad Bashyal berkata perjanjian China adalah bukti hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, China membatalkan kesemua aktiviti pendakian sepanjang musim bunga di pergunungan Everest, yang turut dikenali sebagai gunung Qomolangma di Tibet berikutan kejadian gempa bumi.

Tibet, Nepal

Artikel Sebelum

Artikel Lain