suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kedua Putera William-Kate Diberi Nama Charlotte Elizabeth Diana

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan anak kedua mereka yang baharu berusia dua hari dengan nama Charlotte Elizabeth Diana.

Istana Kensington pada Isnin yang mengumumkan perkara itu turut menambah bahawa bayi dengan gelaran Puteri Cambridge itu akan dikenali sebagai Princess Charlotte of Cambridge.

Nama itu dilihat sebagai penghormatan kepada datuknya, Putera Charles; moyang, Ratu Elizabeth dan mendiang ibu William, Diana.

"The Duke and Duchess of Cambridge (William dan Kate) berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama Charlotte Elizabeth Diana," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

"Bayi ini akan dikenali sebagai Yang Teramat Mulia Princess Charlotte of Cambridge," menurut kenyataan itu lagi.

Princess Charlotte of Cambridge yang merupakan adik perempuan kepada Putera George, dilahirkan di Hospital St Mary di London, pagi Sabtu lalu. - AFP

Artikel Lain