suria

Kapal Tunda Karam, Lebih 50 Maut

MOSCOW: Kapal tunda yang membawa beratus-ratus pelayar selam untuk memancing karam mengakibatkan sekurang-kurangnya 54 terbunuh dalam kejadian di Laut Okhotsk, timur Rusia.

Dalam insiden itu, kapal yang membawa 132 penumpang itu karam pada kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan di pantai Kamchatka yang terletak 250 kilometer ke selatan Magadan.

Media tempatan melaporkan, 63 anak kapal Dalniy Vostok itu dapat diselamatkan, bagaimanapun ada yang masih hilang.

Seorang pegawai dari pusat penyelamat marin berkata, terdapat 78 warga Rusia berada di kapal tersebut dan kira-kira 40 warga Myanmar.

Terdapat juga warga Ukraine, Lithuania dan Vanuatu menaiki kapal tunda tersebut yang membawa pelayar selam memancing untuk tempoh berbulan-bulan lamanya.

Kapal tunda itu dikendalikan oleh sebuah syarikat di Nevelsk, sebuah bandar terletak di kepulauan Sakhalin di timur jauh Rusia.


Artikel Sebelum

Ops Judi Khas: 1,071 Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain