suria

Tujuh Maut Dibunuh Boko Haram

Rakyat Nigeria sedang beratur untuk mengundi pada pemilihan presiden negara itu pada Sabtu. Foto EPA

ABUJA: Sekurang-kurangnya tujuh maut di pusat mengundi semasa pemilihan presiden Nigeria pada Sabtu, dipercayai diserang oleh kumpulan militan, Boko Haram.

Serangan pertama berlaku di perkampungan di Birin Bolawa dan Birin Fulani di daerah Nafa, Gombe yang sering menjadi sasaran kumpulan militan itu.

Menurut seorang pegawai pilihan raya yang enggan dikenali: "Kami dapat mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan lelaki bersenjata.

"Tidakkah kita sudah memberi amaran anda (militan) supaya jangan ganggu hari mengundi?"

Rakyat Nigeria ketika ini sedang mengundi untuk pertandingan jawatan presiden antara penyandangnya, Goodluck Jonathan dan bekas ketua tentera Nigeria. 

Pegawai pilihan raya itu berkata, sekumpulan lelaki bertopeng yang membawa senjata tiba di Birin Bolawa dengan menaiki trak pada waktu pagi, sejurus selepas hari mengundi presiden secara rasmi bermula pada Sabtu.

Seorang pengundi ditembak mati dan yang lain melarikan diri dalam keadaan panik.

"Mereka melepaskan tembakan kepada semua bahan-bahan mengundi yang ditinggalkan kami yang juga menyelamatkan diri," tambahnya.

Seorang penduduk Birin Fulani, Karim Jauro berkata, serangan kedua mengakibat seorang lelaki maut.

"Mereka membakar bahan-bahan pilihan raya. Kita percaya mereka adalah Boko Haram yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai hari mengundi."

Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya melakukan serangan di bandar Dukku dengan melepaskan tembakan secara rambang ketika para pengundi sedang beratur di pusat mengundi.

"Mereka menembak tiga orang dan mencederakan dua yang lain," kata Ibrahim Ahmad, sambil menambah penyerang itu kemudiannya membunuh seorang ahli dewan undangan negeri dan ketua tempatan dekay kampung Tilen. - AFP

Boko Haram

Artikel Sebelum

14 Maut Letupan Di Aden

Artikel Lain