suria

Anak Kedua William, Kate Bakal Lahir 25 April Ini

Kate (kanan) dan Putera William mengadakan lawatan ke sebuah rumah amal di Tenggara, London.

LAPORAN dari The Mail mendedahkan anak kedua pasangan diraja popular, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton bakal dilahirkan pada 25 April ini.

Kate memberi sedikit bayangan mengenainya pada minggu lalu sewaktu melawat sebuah rumah amal yang terletak di Tenggara, London.

Apabila ditanya mengenai tarikh kelahiran bayinya, Kate berkata,"Saya dijangka bersalin pada pertengahan hingga akhir April ini. Tidak lama sahaja lagi."

Sumber memberitahu The Mail bahawa William dan Kate dimaklumkan bahawa anak kedua mereka bakal dilahirkan pada 25 April ini.

Kate dijangka bersalin di Lindo Wing, Hospital St Mary, Paddington, Barat London, lokasi sama ketika melahirkan anak sulungnya, Putera George.

Kate kelihatan anggun memakai kot Mulberry berwarna merah jambu.

Putera George dikatakan akan berusia 21 bulan apabila adiknya dilahirkan tidak lama lagi.

Jika anak kedua ini dilahirkan pada 25 April, waris keturunan diraja ini akan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan artis terkemuka Ranee Zellweger dan Al Pacino.

Bayi tersebut akan lahir dalam zodiak Taurus yang dikenali sebagai watak tegas, dipercayai dan setia.

Pada Jumaat, Kate tampil buat kali terakhir sebelum melahirkan anak keduanya dengan bertemu Doreen Lawrence di pusat yang dinamakan sempena nama anak lelakinya yang mati dibunuh dalam rusuhan kaum pada 1993.

Duke dan Duchess of Cambridge membuat kunjungan ke Pusat Lawrence Stephen pada hari pertama mereka di Selatan London.

Kate kelihatan berseri-seri dengan pakaian kot berwarna merah jambu dari jenama Mulberry ketika melawat bangunan yang dinamakan sempena nama seorang remaja yang mati dibunuh.


Kate Middleton, Putera William

Artikel Sebelum

52 Cedera Dipanah Petir

Artikel Berikut

Artikel Lain