suria

Pilihan Raya Israel: Netanyahu Tidak Akan Iktiraf Negara Palestin

Benjamin Netanyahu cuba meraih undi daripada rakyat pada kempen pilihan raya.

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan beliau tidak akan mengiktiraf pembentukan negara Palestin, jika dia memenangi pilihan raya negara tersebut. 

Tindakan beliau dilihat cuba memancing undi bagi mengetepikan parti berhaluan kiri, Kesatuan Zionis. 

Puak berhaluan kiri itu telah berjanji untuk memperbaiki hubungan negara Palestin dan masyarakat antarabangsa. 

Parti itu dijangka memenangi lebih daripada satu perempat undi. 

Netanyahu berkata tindakan menyerahkan tanah kepada orang Palestin akan membahayakan Israel kerana memudahkan negara itu diserang oleh puak ekstremis Islam. 

"Sesiapa yang mengabaikannya akan 'menanam diri sendiri hidup-hidup'. Puak berhaluan kiri, sedang melakukannya, mereka sengaja 'menempah ajal' dengan berbuat demikian," katanya kepada portal berita nrg. 

Ditanya sama ada ia bermaksud negara Palestin tidak akan diiktiraf sekiranya beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri, Netanyahu berkata 'sudah pasti'. -BBC


Benjamin Netanyahu, Israel, Palestin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain