suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter Bawa 13 Pekerja Loji Minyak Terhempas di Peru

LIMA: Sebuah helikopter syarikat minyak Perancis, Perenco yang membawa 13 penumpang terhempas di hutan timur laut Peru, pada Isnin.

Perenco berkata dalam satu kenyataan bahawa helikopter M1-8 yang membawa 13 warga tempatan dalam penerbangan dari bandar Iquitos ke loji minyak Blok 67 apabila ia terhempas.

Punca nahas masih dalam siatan.

Tentera Udara Peru berkata, mereka sudah menghantar pesawat Twin Otter ke kawasan sungai Curaray berdekatan loji minyak untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada mangsa yang terselamat ditemui. - AP

Artikel Lain