suria

Berpuluh Pekerja Lombong Terperangkap Dalam Tanah Runtuh Di Tibet

BEIJING: Media negeri melaporkan satu kejadian tanah runtuh besar-besaran menyebabkan berpuluh-puluh pekerja di kawasan perlombongan emas di rantau Tibet China terperangkap.

"China Central Television" berkata pada Jumaat, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada waktu pagi di daerah Maizhokunggar Lhasa, dan bahawa usaha menyelamat sedang dilakukan.

Agensi Berita Rasmi Xinhua berkata, jumlah sebenar pekerja yang terperangkap adalah tidak jelas tetapi berpuluh-puluh pekerja dari anak syarikat China National Gold Group Corp dipercayai tertimbus.

Doktor yang dihubungi di hospital daerah tempatan berkata pihaknya telah diberitahu untuk bersedia menerima mangsa tetapi tidak seorang pun mangsa yang tiba.

Pegawai yang dihubungi melalui telefon mengesahkan kejadian tanah runtuh itu tetapi tidak mempunyai butiran lanjut. Panggilan telefon ke talian am syarikat tidak dijawab.

Artikel Lain