suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trend Micro Kesan Serangan Siber Pelbagai Di Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Trend Micro, penyedia perisian keselamatan awan mega, telah mengesan pelbagai serangan siber di perbadanan perbankan Korea Selatan dan agensi-agensi media.

Dalam satu kenyataan, Trend Micro berkata insiden bermula apabila sistem komputer korporat ditutup dan tidak boleh di"reboot"kan, sementara yang lain-lainnya menunjukkan imej amaran. "Hasilnya, operasi perniagaan, mesin teler automatik (ATM), perbankan dalam talian dan siaran televisyen terganggu," tambahnya.

Ia berkata taktik-taktik dalam serangan ini memperlihatkan serangan sasaran awal, di mana e-mel "spear-phishing" digunakan untuk menembusi dan menjejaskan sistem permulaan dalam lingkungan pertubuhan.

Trend Micro telah meramalkan peningkatan yang signifikan dalam serangan siber, dan telah bekerjasama dengan pengguna dan rakan niaga di rantau ini untuk menyediakan pertahanan yang seragam sejak beberapa tahun lepas, tambahnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain