suria

2 Terbunuh, Tiga Masjid Musnah Rusuhan di Myanmar

YANGON: Dua orang awam terbunuh manakala tiga masjid musnah di tengah-tengah Myanmar susulan rusuhan terburuk sejak pertempuran yang tercetus antara penganut agama Islam dan Buddha menggegarkan barat Rakhine tahun lalu.

"Kira-kira 200 individu berarak di jalan raya berdekatan sebuah kedai emas milik peniaga Islam bertukar ganas di bandar Meiktila semalam," demikian menurut post yang terdapat pada laman Facebook Pasukan Polis Myanmar.

"Dua mangsa termasuk seorang sami maut selepas melecur teruk di seluruh badan," katanya.

Polis melancarkan perintah berkurung semalaman bagi mengawal keadaan selepas perusuh membakar beberapa masjid di daerah berkenaan.

"Kira-kira tiga masjid dimusnahkan," kata seorang pegawai polis tempatan ketika dihubungi AFP, sambil menambah keadaan kembali tenang selepas polis melaksanakan perintah berkurung. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain