suria

Suspek Utama Rogol Wanita Di New Delhi Bunuh Diri

NEW DELHI: Seorang pegawai kanan polis berkata, suspek utama kes bunuh dan rogol seorang gadis dalam sebuah bas di Bandaraya New Delhi, ditemui mati dipercayai membunuh diri di penjara pada Isnin.

Ram Singh dilaporkan membunuh diri di Penjara Tihar, tempat beliau ditahan sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan merogol dan membunuh.

Ketika kejadian, suspek memandu bas berkenaan ketika gadis berusia 23 tahun yang juga seorang penuntut berada di dalam kenderaan itu.

Gadis berkenaan dilaporkan dirogol oleh enam lelaki dalam kejadian pada Disember lalu.

Kejadian itu mencetuskan huru-hara apabila orang awam melancarkan tunjuk perasaan di India bagi menuntut agar keselamatan orang awam lebih terjamin terutama golongan wanita. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain