suria

Pelarian Syria Cecah Sejuta Orang – UNHCR

GENEVA: Bilangan rakyat Syria yang melarikan diri dari negara mereka berikutan konflik yang menyebabkan kematian orang awam sejak dua tahun lalu mencecah sejuta orang, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Dengan perginya sejuta orang (pelarian), berjuta-juta lagi terpaksa berpindah dalam negara, dan beribu-ribu orang meneruskan melalui sempadan pada setiap hari, menunjukkan Syria menghadapi ‘bencana’ yang berskala besar,” kata Pesuruhjaya UNHCR, Antonio Guterres dalam satu kenyataan.

“Kami melakukan semuanya yang boleh dilakukan untuk membantu, tetapi kapasiti maklum balas kemanusiaan antarabangsa adalah amat berbahaya. Tragedi ini perlu dihentikan.”

UNHCR berkata, bilangan sejuta itu meliputi pelarian yang berdaftar dan mereka yang sedang menunggu untuk pendaftaran dan angka itu berdasarkan data terkini yang diterima dari pejabatnya di Timur Tengah.

Agensi itu sebelum ini menganggarkan bilangan itu akan mencecah 1.1 juta orang menjelang Jun tetapi pada Rabu ia akan memperbetulkan perangkaan itu.

Bilangan pelarian semakin bertambah tahun ini, UNHCR berkata, dengan 400,000 pelarian Syria meninggalkan negara mereka sejak 1 Januari lalu.

Baru setahun yang lalu, agensi di bawah PBB hanya mendaftarkan 33,000 pelarian. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain