suria

Anjing Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri

AVIGNON, Perancis: Seekor anjing jenis German Shepherd milik wanita Perancis menyelamatkannya daripada cubaan membunuh diri dengan menyalak apabila dia cuba untuk menembak jantungnya menggunakan senapang, kata pegawai polis tempatan.

Wanita berusia 63 tahun itu berjalan ke tamannya di bandar Sorgues di wilayah Vaucluse, melakukan beberapa cubaan tembakan menggunakan peluru kaliber-22 dan memalingkan senjata itu ke arah dadanya.

“Pada ketika dia mahu memetik picu senjata, anjingnya melompat kepadanya dan tembakan itu terlepas ke arah lain,” kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP, sambil menambah bahawa anjing itu “mungkin dapat mengesan sesuatu dan menyalak ke arah wanita itu bagi menyelamatkannya.”

Wanita itu dijumpai dalam keadaan sedar oleh suaminya tetapi mengalami sakit dada.

Dia dibawa ke hospital tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain