suria

Sekumpulan Pelombong Australia Dipecat Kerana ‘Harlem Shake’

PERTH, Australia: Sebuah akhbar berkata, seramai 15 pelombong dipecat kerana membuat persembahan tarian ‘Harlem Shake’ yang kini menjadi kegilaan ramai, di bawah tanah lombong emas itu.

Akhbar The West Australian melaporkan para pelombong kehilangan pendapatan enam angka mereka kerana melakukan perkara itu di Lombong Emas Agnew pada minggu lepas.

Surat pemecatan yang ditunjukkan oleh akhbar berkata, pemilik lombong, Barminco melihatkan aksi itu sebagai isu keselamatan.

Sebuah video di YouTube menunjukkan lapan pelombong membuat persembahan tarian ala gerakan kekejangan.

Seorang pekerja yang dipecat dan enggan dikenali memberitahu akhbar itu terdapat 15 orang yang dipecat, termasuk sebahagian mereka yang menonton persembahan itu tetapi tidak menyertainya.

Terdapat sehingga 40,000 video pelbagai versi ‘Harlem Shake’ dimuat naik di Internet. - AP

Artikel Lain