suria

Lokasi Perbicaraan Anak Gaddafi Belum Diputuskan

THE HAGUE: Kerajaan Libya mendakwa mempunyai cukup bukti bagi membicarakan anak kepada Muammar Gaddafi, Seif al-Islam atas jenayah kemanusiaan, kata peguam negara itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Selasa.

Bagaimanapun, ICC pada masa sama mahu membicarakan Seif di The Hague biarpun pihak berkuasa Libya yang baru bertegas mahu anak lelaki Gaddafi tersebut dibicarakan di negara kelahirannya.

Peguambela ICC dalam hujahnya dijangka akan mengemukakan bantahan bahawa Seif tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Libya .

Beliau mendakwa perbicaraan tersebut akan berakhir dengan kemungkinan Seif berhadapan dengan hukuman mati. AFP

Artikel Lain