Taliban Pakistan Mahu Pertahan Rohingya - Dunia | mStar

Taliban Pakistan Mahu Pertahan Rohingya

ISLAMABAD: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam untuk menyerang Myanmar bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Pada masa sama, ia juga mendesak kerajaan Pakistan memutuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar selain menutup kedutaannya di sini sebagai syarat tidak meneruskan niatnya itu. Dalam satu kenyataan mengenai nasib penduduk Islam di luar negara yang jarang disuarakannya sehingga hari ini, kumpulan Tehreek-e-Taliban (TTP) cuba menunjukkan diri mereka sebagai pembela wanita dan lelaki Islam di Myanmar.

“Kami akan balas dendam terhadap kematian anda,” menurut kenyataan pergerakan itu. Sehubungan itu, jurucakap TTP. Ehsanullah Ehsan menuntut kerajaan Pakistan menamatkan semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaannya di Islamabad.

"Jika tidak, kami bukan hanya akan menyerang kepentingan Burma di mana-mana saja tetapi juga akan menyerang rakan Burma mereka di Pakistan satu persatu,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

TTP sering kali mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap pasukan keselamatan di Pakistan tetapi keupayaan mereka untuk melancarkan keganasan di luar negara itu diragui.

Tetapi, pegawai Amerika Syarikat berkata, ada bukti bahawa kumpulan terbabit adalah dalang dalam satu cubaan serangan di Times Square di New York yang menemui kegagalan pada 2010 apabila seorang warga Amerika berketurunan Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.

Pemimpin TTP, Hakimullah Mehsud juga didakwa di Amerika berhubung pembunuhan tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mati apabila seorang ejen al-Qaeda dari Jordan meletupkan bom di sebuah pangkalan tentera Amerika di Af- ghanistan pada Disember 2009.

Pertempuran yang meletus baru-baru ini di bahagian barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan penduduk Islam Rohingya menyebabkan 78 maut dan berpuluh ribu lagi hilang tempat tinggal.

Dianggarkan 800,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar pada masa ini. -AFP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain