suria

Penyanyi Gun N' Roses Dirompak

PARIS: Perompak melarikan rantai emas dan berlian milik penyanyi kumpulan rock legenda Guns N' Roses, Axl Rose bernilai 200,000 dolar.

Kejadian itu berlaku ketika penyanyi tersebut mengadakan konsert peribadi di Paris, kata jurucakap polis pada Rabu.

Perompak itu meluru ke arah penyanyi berusia 50 tahun itu pada malam Selasa sehingga memaksa polis untuk menenangkan keadaan.

Rose mengadakan persembahan peribadi yang dihadiri kira-kira 100 penonton selepas bertemu peminat di sebuah konsert di Stadium Bercy.

Dia merupakan satu-satunya penyanyi asal kumpulan rock yang diasaskan di Los Angeles pada 1985 dan terkenal dengan beberapa lagu seperti 'November Rain', 'Patience' dan 'Sweet Child o' Mine'.

Artikel Sebelum

Artikel Lain