Dua Maut Ditembak Dalam Rusuhan Di China - Dunia | mStar

Dua Maut Ditembak Dalam Rusuhan Di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam rusuhan di wilayah Xinjiang pada Rabu, pergolakan terbaru yang menggemparkan negara ini.

Menurut agensi berita Xinhua, pasukan polis menembak mati dua orang yang disyaki terbabit dalam rusuhan itu yang berlaku di daerah Yecheng di Kashgar.

Katanya, kumpulan perusuh melakukan keganasan dengan melancarkan beberapa serangan pada kira-kira pukul 6 petang (sama waktu dengan Malaysia).

Polis kini sedang memburu mereka terlibat dalam rusuhan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Sederhana Landa Jepun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain