suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Strauss-Kahn Dibenar Ikat Jamin AS$1 juta

NEW YORK: Bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn berjaya memperoleh ikat jamin selepas menghadapi dakwaan serius percubaan melakukan pencabulan seks.

Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin dengan wang tunai AS$1 juta dan kekal ditahan di rumah dengan pengawal bersenjata.

Hakim Michael Obus juga memerintahkan Strauss-Kahn menyerahkan bon AS$5 juta, selain terus memakai gelang kaki elektronik dan menyerahkan semua dokumen perjalanannya.

Strauss-Kahn, 62, menghadapi tujuh pertuduhan dan akan dibicarakan di hadapan juri berikutan penahanannya kerana didakwa melakukan jenayah seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah hotel mewah di Sofitel, Sabtu lalu.

“Mengikut undang-undang Amerika, dakwaan yang dihadapi Strauss-Kahn adalah tuduhan yang berat," kata pendakwa raya daerah, Cyrus Vance kepada pemberita selepas pendengaran kes itu.

Ahli politik veteran Perancis yang disebut-sebut bakal mencabar kerusi presiden Perancis selepas ini, bagaimanapun perlu menghabiskan satu malam lagi di penjara Pulau Rikers sebelum menandatangani surat jaminannya. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain