suria

Osama Ada Rangkaian Sokongan Di Pakistan - Obama

WASHINGTON: Osama bin Laden berkemungkinan mempunyai rangkaian sokongan di Pakistan, demikian dinyatakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam satu temubual di dalam rancangan 60 Minutes.

Kematian Osama di dalam satu serangan yang dilakukan tentera elit AS di sebuah pekan di Pakistan menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Pakistan mengetahui di mana Osama berada.

"Mungkin wujudnya satu rangkaian sokongan di dalam Pakistan untuk Osama tetapi kami tidak tahu siapa atau apakah jenis rangkaian sokongon itu," jelas Obama.

"Kami tidak tahu sama ada rangkaian itu dijalankan oleh individu di dalam kerajaan Pakistan ataupun tidak dan itu adalah perkara yang harus disiasat oleh kerajaan AS dan terutamanya Pakistan," tambah beliau.

Ditanya sama ada benarkah beliau tidak memberitahu Kerajaan Pakistan mahupun pihak tentera elit negara itu tentang operasi membunuh Osama kerana tidak mempercayai mereka, Obama menjelaskan bahawa beliau tidak memberitahu semua orang termasuklah kebanyakan pegawai di Rumah Putih malah keluarganya sendiri kerana tindakan itu mungkin mengendalakan misi.

Obama berkata, tindakan meneruskan misi itu adalah satu keputusan yang sukar kerana serangan dilakukan di negara sebuah negara yang berdaulat dan mungkin boleh mengancam keselamatan warga AS pada masa akan datang.

"Tetapi saya pasti itu adalah tindakan yang adil dan saya tidak menyesal menumbangkan Osama bin Laden," tambah Obama.

Kenyataan Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani tentang pembunuhan Osama di Pakistan dikhuatiri mengeruhkan hubungan antara AS dan Pakistan -Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain