suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Selatan Thai Ragut 41 Nyawa Setakat ini

BANGKOK: Enam lagi terbunuh dalam bencana banjir dan tanah runtuh di selatan Thailand menjadikan jumlah yang maut 41 orang setakat ini.

Jurucakap Jabatan Pencegahan Bencana dan Tebatan berkata 41 kematian itu dilaporkan bagi tempoh 23 Mac hingga Sabtu.

Wilayah Nakhon Si Thammarat mencatatkan 17 kematian, Surat Thani (10), Krabi (7), Phattalung (3), Chumphon dan Trang masing-masing mencatatkan dua kematian.

Hampir dua juta rakyat dan 160,000 hektar kawasan tanaman terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh itu, kata jurucakap tersebut.

Sepuluh wilayah yang masih dilanda banjir ialah Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Krabi, Phattalung, Chumphon, Trang, Songkhla, Phangnga, Satun dan Narathiwat.

Lapangan terbang Nakhon Si Thammarat yang ditutup sejak Isnin masih belum beroperasi manakala perkhidmatan keretapi ke selatan hanya setakat stesen Ta Chana di Surat Thani.

Jurucakap itu juga berkata usaha menyelamat ditumpukan kepada persediaan memindahkan penduduk dari kawasan berisiko tanah runtuh di Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Surat Thani dan Krabi jika diperlukan.

Helikopter dan bot tentera juga digerakkan untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terputus hubungan jalan darat selain membawa keluar mangsa yang cedera, katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain