suria

Malaysia Gesa Segera Hentikan Tindakan Permusuhan Terhadap Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa segera hentikan semua tindakan permusuhan terhadap Kerajaan Arab Saudi, dan mengutuk semua bentuk campur tangan yang menyokong kumpulan pemberontak Houthi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata: "Kami mengutuk keras tindakan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak Houthi di sepanjang sempadan Arab Saudi.

"Tindakan kejam ini, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ke atas orang awam, amat tidak wajar," katanya dalam kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib berkata Kuala Lumpur mengiktiraf hak mutlak Riyadh untuk mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya dan melindungi keselamatan rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

"Rakyat Malaysia menyatakan sokongan padu kami kepada rakyat dan negara Arab Saudi dalam mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, keselamatan tanah air dan cara hidup mereka," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain