suria

Pisang rebus gaul kelapa, ringkas tapi cukup buat selera terangkat!

Resepi pisang rebus gaul kelapa cukup mudah dan ringkas untuk disediakan, dan sesuai dijadikan juadah minum petang.

MENU berasaskan pisang sememangnya menjadi kegemaran ramai terutamanya untuk dijadikan pemanis mulut.

Apatah lagi dengan sedikit olahan resepi, menu berasaskan pisang sememangnya boleh membuatkan kita menjilat jari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pisang Bakar Sos Karamel, juadah minum petang yang ada gaya! 

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah, sihat dan mengenyangkan! Jom cuba buat snek granola bar sendiri di rumah 

Apa kata kali ini anda cuba resepi pisang rebus gaul kelapa seperti yang dikongsi oleh Wan Hanim Mohamed Noor.

Bahan-bahan:

5 pisang yang separuh atau ¾ masak

1000 ml air untuk merebus

1 sudu teh garam 

Bahan untuk gaul

1/2 biji kelapa parut putih

 4 sudu besar gula pasir/ikut selera manis

1/3 sudu teh garam

Antara menu ringkas berasaskan pisang. 

Cara-caranya:

1) Pisang dipotong menjurus lebih kurang sebiji pisang menjadi 4-5 hiris. Rebus selama 8 - 10 minit kemudian disejat kering airnya.

2) Didalam bekas yang berasingan, gaul kelapa parut bersama gula pasir dan garam. Garam dan gula boleh diubah suai ikut selera masing-masing.

3) Kemudian masukkan pisang rebus yang sudah disejat ke dalam bahan yang digaul tadi. Gaul rata.

4) Sedia untuk dihidangkan.

pisang, pisang bakar, kelapa

Artikel Berikut

Artikel Lain