suria

Coutinho Bukan Pilihan Messi

Tiada lagi gandingan 'trio MSN' (Messi, Suarez dan Neymar) apabila Neymar berhijrah ke PSG.

LIONEL Messi menganggap bintang Tottenham Hotspur Dele Alli merupakan kunci utama untuk Barcelona, bukannya bintang Liverpool, Philippe Coutinho.

Kelabnya, Barcelona sedang terlibat dalam kemelut untuk mendapatkan Coutinho dari Anfield.

Tetapi akhbar Sepanyol, Don Balon mendakwa Messi mahukan kelab gergasi La Liga itu membawa masuk Alli.

Barca kehilangan Neymar yang telah berpindah ke Paris St-Germain minggu lalu dengan mencatatkan perpindahan rekod dunia.

Pemain Brazil itu dibeli oleh juara Ligue 1 dengan harga £199 juta.

Ini bermakna Ernesto Valverde kini mempunyai wang tunai yang banyak untuk membuat pembelian pemain.

Coutinho dan bintang PSG, Marco Verratti kedua-duanya dikatakan sebagai pemain yang berpotensi untuk menggantikan Neymar.

Bagaimanapun Don Balon mendakwa Messi menganggap pemain antarabangsa England, Alli adalah pertaruhan terbaik.

Alli, 21, telah berkembang sejak berpindah ke Tottenham dari MK Dons pada tahun 2015.

Dia menjaringkan 28 gol dalam 70 perlawanan untuk kelab utara London itu.

Tetapi sudah pasti Mauricio Pochettino enggan berpisah dengan asetnya berharganya.

Spurs turut goyah selepas Danny Rose mengakui dia mahu meninggalkan kelab itu.

Pochettino telah kehilangan salah seorang pemain bintang pasukan utamanya pada musim panas ini.

Kyle Walker menyertai Manchester City dalam kesepakatan bernilai sekitar £52 juta bulan lalu. -dailystar UK

Dele Alli, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain