suria

Jurulatih Dedah Masa Depan Ivan Perisic Di Inter Milan

Luciano Spalletti

LUCIANO SPALLETTI sekali lagi memberi komen mengenai perpindahan Ivan Perisic ke Manchester United selepas pemain berkenaan terus dikaitkan akan ke Old Trafford.

Pengendali Inter Milan itu berkata, Perisic setakat ini akan kekal bersama kelab berkenaan yang akan berdepan saingan sengit Serie A musim depan.

Jose Mourinho sebelum ini mahukan khidmat pemain berusia 28 tahun itu dengan membuat bidaan secara rasmi.

Bagaimanapun jumlah yang ditawarkan telah ditolak oleh Inter.

Bercakap kepada media pada pagi Ahad, Spalletti berkata, Perisic merupakan pemain penting untuk Inter dan kehilangannya memaksa kelab itu mendapatkan pengganti yang terbaik.

"Daripada pandangan saya sangat mudah, Ivan adalah pemain penting untuk saya. Anda perlu tanya dia sendiri setakat mana minatnya terhadap Manchester United.

"Tetapi pada masa sama dia telah menandatangani kontrak yang perlu dihormati. Jika Inter menerima sebarang permintaan mereka perlu mendapatkan ganti sepertinya juga," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Inter, Walter Sabatini berkata, United belum membuat tawaran yang sepatutnya  untuk mendapatkan Perisic.

"Kami semua tahu apa yang kami mahukan, tawaran yang sepatutnya belum lagi muncul," katanya minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain