suria

F1: Hamilton Juarai GP Kanada

MONTREAL: Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada pada awal pagi Isnin.

Ia sekali gus sebagai kemenangan kedua berturut-turut pelumba berusia 31 tahun itu bagi musim ini.

Kejayaan terbabit adalah kemenangan kelima pelumba kelahiran Britain itu di Litar Gilles Villeneuve dan kemenangan ke-45 sepanjang karier dalam perlumbaan elit itu.

Sementara itu pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Valtteri Bottas (Williams) juga daripada pasukan Mercedes masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pemandu Finland, Bottas turut mengulangi pencapaian 2015 di litar berkenaan dengan menaiki podium buat kali pertama untuk Williams pada musim ini.

Kemenangan GP Kadana meletakkan Hamilton kini hanya ketinggalan sembilan mata di belakang rakan sepasukannya daripada Mercedes, Nico Rosberg yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima.

Selain itu Hamilton berkata beliau mendedikasikan kemenangannya di GP Kanada untuk lagenda tinju dunia, Muhammad Ali yang meninggal dunia pada 3 Jun lalu.

"Terapung seperti rama-rama, menyengat umpama lebah. Kemenangan ini untuk Ali," kata Hamilton di radio pasukan selepas melintasi garisan penamat. -AP


Keputusan GP Kanada

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes

2. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari

3. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes

4. Max Verstappen (Belanda) Red Bull

5. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes

6. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari

7. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull

8. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes

9. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari

10. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes

Artikel Lain