Aksi Malaysia-Arsenal 13 Julai Ini

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Abdullah (kanan) menerima cenderahati jersi Arsenal daripada Ketua Pegawai Komersial  Arsenal FC, Tom Fox selepas sidang media Jelajah Arsenal Ke Asia, Selasa.Foto: M.Rajan/THE STAR
Tengku Abdullah (kanan) menerima cenderahati jersi Arsenal daripada Ketua Pegawai Komersial Arsenal FC, Tom Fox selepas sidang media Jelajah Arsenal Ke Asia, Selasa.Foto: M.Rajan/THE STAR

SUBANG JAYA: Bulan Julai dianggap bulan terbaik bagi seluruh peminat bola sepak tanah air kerana bakal menyaksikan pasukan Arsenal beraksi di Malaysia pada 13 Julai ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kedatangan Arsenal merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia, khususnya kepada penyokong-penyokong kelab ini.

“Bulan Julai dianggap sebagai bulan festival bola sepak memandangkan kita akan menyaksikan tiga pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi di sini.

"Bermula dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea akan beraksi menentang skuad kebangsaan. Jelas sekali, ia adalah minggu yang padat bagi skuad negara.

“Saya merupakan peminat pasukan kelab Arsenal sejak zaman belajar di London dulu, sehingalah sekarang.

"Saya harap skuad kebangsaan dapat menggunakan peluang ini dengan baik. Bagi barisan pemain negara, saya serahkan kepada ketua jurulatih negara, K.Rajagobal untuk memilih pemain-pemain terbaik negara.

"Apa yang penting di sini ialah mereka dapat mempamerkan kemahiran terbaik ketika menentang kelab profesional dunia ini.

“Saya juga berharap dapat melihat stadium dipenuhi dengan warna kuning. Walaupun dapat menyaksikan kelab kesayangan beraksi di tempat sendiri, tetapi kita perlu menyokong pasukan negara terlebih dahulu,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Jelajah Arsenal ke Asia, Selasa.

Kali terakhir Arsenal datang ke Malaysia pada tahun 1999 dengan menyaksikan seramai 80,000 peyokong memenuhi ruang stadium.

Selepas 12 tahun, pasukan kendalian Arsene Wenger akan kembali dengan barisan pemain-pemain utamanya.

Perlawanan akan berlangsung pada di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8.45 malam.

Tiket bagi perlawanan Malaysia-Arsenal akan mula dijual pada 27 Mei ini dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara atau telefon hotline Ticketpro 03-78807999 atau tempah melalui laman web www.ticketpro.com.my.

Selain itu pas percuma untuk melihat sesi latihan pasukan Arsenal turut diberikan kepada sesiapa yang membeli tiket perlawanan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan