Guardini Kembali Sarung Jersi Biru

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Perlumbaan peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 menyaksikan pelumba Farnese Vini-Neri Sotttoli (FAR), Andrea Guardini terus menguasai podium selepas dinobatkan sebagai pemenang pada saingan dari Banting ke Tampin, Sabtu.

Guardini menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 jam 24 minit 57 saat , sejauh 149.5 kilometer (km), diikuti pelumba United Healthcare Pro Cycling (UHC), Robert Forster dan ketiga pelumba Giant Kenda Pro Cycling Team (GKT), Dene Rogers.

Paling menjadi tumpuan, Guardini bukan sahaja mencipta rekod menjadi pelumba paling banyak meraih kemenangan peringkat, tetapi turut merampas Jersi Biru (Raja Pecut) daripada Anuar Manan (Terengganu Cycling Team).

Dengan itu juga, Guardini kini mendahului kedudukan bagi kategori pecutan keseluruhan dengan 84 mata, kelebihan 14 mata dengan pencabar terdekat Anuar (70 mata).

"Corak perlumbaan hari ini agak berbeza dengan perlumbaan sebelum ini. Terlalu banyak pemecahan berlaku. Malah 2km sebelum berakhir agak mencabar kerana kayuhan menuruni bukit, namun saya positif sehingga ke garisan penamat.

"Saya juga mengambil keputusan untuk tidak mengejar mata pada zon pecutan, tetapi lebih fokus untuk melakukan pecutan ke garisan penamat. Pun begitu, perlumbaan belum lagi berakhir lagi dan saingan untuk Jersi Biru masih terbuka," katanya pada sidang media selepas tamat perlumbaan.

Sementara itu, Jersi Putih (Terbaik Asia) masih menjadi milik Rahim Emami dari pasukan Azad University Cycling (IUA), begitu juga dengan gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) yang terus dipegang pelumba Androni Giocattoli (AND), Jonnatha Monsalve dengan pungutan 45 mata keseluruhan.

Bagi Jersi Kuning (Pelumba Terbaik Keseluruhan), pelumba pasukan benua dari Malaysia Le Tua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor terus memegang jersi yang menjadi rebutan itu selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, bagi pasukan terbaik keseluruhan, Azad University Team masih menguasai kedudukan dengan kelebihan empat saat daripada Tabriz Petrochemnical Team dan ketiga Chipotle Development Team.

Pasukan Azad University juga turut berada di tangga teratas bagi kategori pasukan Terbaik Asia, diikuti pasukan Max Success Sports Cycling dan ketiga, Tabriz Petrochemical Team.

Perlumbaan edisi ke-16 peringkat kelapan akan diteruskan dari Kuala Pilah ke Jasin dengan jarak 156.5km sekali gus menjadi jarak paling jauh dalam kalendar perlumbaan tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan