Stadium Sultan Ismail Dipasang Lampu Limpah Baru

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lampu limpah baru di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini telah dipasang yang boleh dinikmati semasa perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Sabah Sabtu ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, lampu tersebut mempunyai kecerahan cahaya yang menepati standard yang telah ditetapkan.

Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM600,000 untuk memasang lampu limpah baru itu, katanya kepada Bernama.

"Kita harap tidak akan timbul lagi rungutan tentang lampu Stadium Sultan Ismail daripada pasukan-pasukan yang bermain di stadium tersebut selepas ini," katanya.

Beliau berkata beberapa ujian terhadap lampu berkenaan telah dijalankan.

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana dapat membaiki lampu limpah di stadium berkenaan seperti yang dijadualkan.

Naib Yang Dipertua PBSNT, Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata ia dapat mengelak pasukan Terengganu dan pasukan yang bertandang ke negeri ini daripada bermain di sebelah petang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan