Evolution Racing Kekal Kejuaraan Di Langkawi

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kapal layar 'Evolution Racing' yang dikemudikan oleh Ray Roberts dari Australia mengekalkan kejuaraan kali keenam berturut-turut bagi kelas Racing pada Kejohanan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2011 di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) yang berakhir di sini, Sabtu.

Pasukan itu yang mengumpul 10 mata setelah menamatkan perlumbaan hari ini hanya berbeza satu mata untuk mengatasi kapal layar 'Hi-Fi' yang dikemudikan oleh bekas pelayar Olimpik, Neil Pryde dari New Zealand dengan catatan 11 mata.

Sebelum ini kapal layar 'Hi-Fi' memberi saingan sengit apabila muncul pendahulu dua hari berturut-turut sebelum dipintas juara bertahan yang mengungguli kejohanan ini sejak tahun 2005.

Kapal layar dari United Kingdom "EFG Bank Mandrake" yang dikemudikan Fred Kinmonth di tempat ketiga dengan mengumpul 22 mata. Malaysia diwakili kapal layar Zuhrah diketuai oleh Ishak Jab dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menduduki tangga keenam dengan mengumpul 40 mata.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kejohanan, Ahmad Zailani Bashah berkata perlumbaan hari ini berlangsung dengan tiupan angin antara lapan hingga 12 knot.

Regata kali ini menyaksikan penyertaan seramai 300 pelayar mewakili 47 kapal layar dari Australia, Jerman, New Zealand, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Malaysia. Keputusan penuh:-

Kelas Racing 1. Evolution Racing (Australia) 2. Hi-Fi (New Zealand) 3. EFG Bank Mandrake (United Kingdom) Kelas IRC1 1. Katsu (Australia) 2. Koull Baby (Hong Kong) 3. Kukuketchu (Australia) Kelas IRC2 1. Phoniex (Denmark) 2. Cabaret (United Kingdom) 3. Skybird (United Kingdom) LAGI SUKAN-REGATA 3 (AKHIR) LANGKAWI Kelas Sportboats 1. Team View point (Malaysia) 2. Miitrmitree (Thailand) 3. Singapore Management University (Singapura) Kelas Multihull - 1. Andaman Cabriolet Nina (Malaysia) 2. Spirit of Ireland (Luxembourg) 3. Manta Blu (Malaysia) Kelas Hobbie16 1. MYA 2 (Malaysia) 2. KSA 1 (Malaysia) 3. MYA 3 (Malaysia) Kelas Kelab - 1. Smystery (United Kingdom) 2. Rusalka (Scotland) 3. Coruisk (United Kingdom) Kelas Ocean Rover - 1. Saipin (Belanda) 2. My Toy (Australia) 3. Sirius 1935 (Australia)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan