Sukan Asia: Skuad Rajagobal Layak ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini, Sabtu.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.

Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.

Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli, Mohamed Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S. Kunalan, Mohd Faizal Abu Bakar (K.Gurusamy), Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu.

CHINA: Zhang Shichang, Li Jianbin, Wu Xi (Lu Wenjun), Zhang Linpeng, Zhao Honglue, Zhou Yun, Lu Peng, Wang Xuanhong, Wang Yunlong, Zhang Yuan, Zhang Jian.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan