suria

Khairulnizam Baiki Kedudukan Dalam Ranking Dunia

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy membaiki kedudukan dalam senarai ranking dunia setelah menamatkan saingan pada Kejohanan Laser Radial Dunia Remaja Dunia 2010 di Largs, Scotland yang berakhir semalam.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, Khairulnizam berjaya menduduki tangga ketujuh setelah menamatkan saingan berbanding penyertaan tahun lepas di tangga ke-17.

Kejayaan Khairulnizam, yang merupakan wakil tunggal negara di kejohanan itu, adalah yang terbaik pernah di lakukan pelayar negara dalam kelas itu, katanya menerusi email kepada Bernama hari ini.

Kejohanan yang bermula Rabu lepas dan disertai 218 pelayar dari 58 negara itu diungguli pelayar Itali, Coccoluto Giavanni.

Beliau berkata, pencapaian itu juga dapat membaiki kedudukan Khairulnizam yang menduduki tangga kelapan keseluruhan dalam kelas Laser Radial pada kejohanan Volvo Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2010 di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Khairulnizam akan menyertai Clinic Monsoon Sailing School di Putrajaya sekembali ke tanah air dan akan menyertai kejohanan Laser Standred World Championship di England bulan depan bagi melayakan diri untuk mewakili negara dalam Sukan Asia 2010. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain