Pelayar Malaysia Kelompok 10 Terbaik Saingan Di Turki

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Skuad pelayaran Malaysia berjaya mencapai sasaran apabila dua acara menyaksikan wakil negara berada dalam kelompok 10 terbaik pada kejohanan Volvo Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2010 di Istanbul, Turki yang berakhir Sabtu. Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata pelayar elit, Khairulnizam Mohd Afendy menduduki tangga kelapan keseluruhan dalam kelas Laser Radial lelaki.

Katanya Khairunisa Mohd Afendy dan Ameira Izla Zulkifli yang baru digandingkan pula menduduki tangga kelapan dalam kelas International 420 setelah menjadi pendahulu keseluruhan selepas tamat perlumbaan kedua.

Bagaimanapun dalam kelas Laser Radial wanita, pelayar pelapis Nur Amirah Hamid hanya mampu menduduki tempat ke-33.

Tiupan angin yang tidak menentu dan perlahan turut menjejas persembahan pelayar-pelayar, katanya sejurus tiba di sini, Ahad. Katanya hanya lapan daripada 12 perlumbaan yang dapat diadakan akibat tiupan angin yang tidak menentu.

Sebanyak 28 negara menyertai kejohanan itu. Beliau berkata penyertaan pada kejohanan itu adalah sebagai pendedahan bagi memantap persiapan mereka untuk menghadapi Sukan Asia 2010 pada penghujung tahun ini.

Khairulnizam, 18, sedang memburu tempat untuk disenaraikan pada Sukan Asia 2010 di China dalam kelas Laser Standard.

Beliau berlepas ke Scotland untuk menyertai Kejohanan Laser Radial Dunia selepas mengambil bahagian di Turki. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan