suria

Ada Ganjaran Jika Menang: Rosmah

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara yang bertanding dalam Piala Thomas dan Uber dijanjikan ganjaran jika berjaya menjuarai kejohanan tersebut, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Insya-Allah, kalau menang ada ganjaran untuk pemain. Kita akan bincang dengan Perdana Menteri," katanya selepas menutup Majlis Mengumpul Satu Juta Tandatangan Menyokong Pasukan Badminton Negara di sini hari ini.

Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berkata, pemain sepatutnya tidak mempunyai apa-apa halangan lagi untuk bermain dengan baik memandangkan masalah bayaran tertunggak mereka telah diselesaikan dengan dana RM2 juta yang disalurkan kerajaan kepada BAM.

"Saya dimaklumkan kesihatan mereka memuaskan dan saya lihat semangat mereka juga tinggi.

"Saya harap mereka telah bersedia untuk bertarung dan bermain bersungguh-sungguh," katanya.

Terdahulu, Rosmah meluangkan masa beramah mesra dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan Piala Thomas dan Uber negara yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain