Tmall World Alibaba Sasar Pasaran Asia Tenggara

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

HANGZHOU: Platform membeli-belah dalam talian, Alibaba Group, bagi barangan China, Tmall World, menyasarkan Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 500 juta penduduk.

Pengarah Tmall World, Elaine Hu berkata di Asia Tenggara, Malaysia mengalami pertumbuhan pesar dari segi pengguna baharu hasil daripada penawaran dan promosi produk yang baik selain faktor logistik.

"Kami memberi tumpuan ke atas produk tempatan seperti fesyen dan aksesori yang popular di Malaysia," katanya kepada media Malaysia semasa lawatan tapak ke kampus Xixi Alibaba, pada Selasa.

Hu berkata usaha sudah dilakukan bagi menambah baik masa penyerahan kepada pengguna Malaysia dengan mengurangkan 20 peratus masa penyerahan sejak tahun lepas.

"Namun kami mendapati bahawa penyerahan bukan hanya isunya, memandangkan harga turut menjadi faktor penting," katanya.

Menurut Hu Tmall World bekerja rapat dengan rakan tempatan di Malaysia bagi mengendalikan penghantaran terakhir, dan berdasarkan maklum balas, pelanggan sangat berpuas hati terhadap perkhidmatan logistik.

"Pakaian tradisional dan hiasan juga popular di Malaysia," katanya.

Bagi menarik sebahagian besar pengguna, beliau berkata penawaran produk juga meliputi tawaran diskaun ke atas logistik dan produk.

Sempena jualan mega pertengahan tahun dari 18 hingga 20 Jun, 2017, Hu berkata Tmall World bersama Alibaba, turut menyediakan pilihan kargo laut yang baharu untuk pasaran Malaysia pada kadar fi kurier yang lebih rendah iaitu RM6 bagi setiap kilogram, tidak termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan.

"Tawaran ini terpakai untuk penghantaran individu sehingga 100 kilogram satu atau gabungan penghantaran sehingga 200 kilogram satu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan