Banyak Syarikat Multinasional Berpindah Ke Malaysia Dari Singapura

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 7:20 PM

tambak johor
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banyak syarikat multinasional, terutamanya dalam sektor minyak dan gas, memindahkan operasi mereka ke sini dari Singapura disebabkan kos yang lebih rendah susulan penyusutan ringgit.

"Dalam tempoh dua hingga tiga tahun lepas, kami menyaksikan banyak syarikat multinasional yang mempunyai operasi serantau atau penting di Singapura, menempatkan sebahagian daripada jabatan atau ekspatriat mereka ke Kuala Lumpur," kata Pengarah Serantau ECA International Asia, Lee Quane.

"Antara 10 hingga 20 syarikat multinasional dalam sektor minyak dan gas memindahkan sebilangan besar kakitangan ekspatriat dari Singapura ke Malaysia disebabkan faedah seperti rumah yang lebih murah di sini susulan nilai ringgit yang rendah," katanya kepada Bernama.

Quane juga berkata kaji selidik mengenai Kos Sara Hidup ECA yang terkini mendapati Singapura menjadi lokasi ke-24 paling mahal di dunia bagi ekspatriat, meningkat daripada kedudukan ke-18 pada tahun lepas.

Ini disebabkan dolar Singapura susut berbanding kebanyakan mata wang dalam tempoh 12 bulan lepas, katanya.

Quane berkata jurang antara kos sara hidup di Singapura dan Kuala Lumpur meningkat, dengan ibu negara Malaysia merosot 15 tempat kepada bandar ke-212 paling mahal.

Georgetown dan Johor Bahru, masing-masing turun kepada kedudukan ke-245 dan ke-250, katanya.

Johor Bahru juga mempunyai kos sara hidup kedua terendah di rantau ini.

"Bandar di Malaysia terus berada dalam kalangan bandar dengan kos sara hidup terendah bagi pegawai antarabangsa, menjadi lebih murah dalam tempoh lima tahun lepas," kata Quane.

Beliau berkata ECA telah melaksanakan penyelidikan mengenai kos sara hidup selama lebih 45 tahun dan menjalankan dua kaji selidik utama pada Mac dan September setiap tahun.

Langkah ini untuk membantu syarikat mengira eluan kos sara hidup supaya kuasa beli pekerja mereka tidak terjejas semasa menjalankan tugasan di luar negara.

Kaji selidik ECA membandingkan kumpulan barangan pengguna dan perkhidmatan yang biasa dibeli oleh pegawai di lebih 460 lokasi di seluruh dunia, antaranya meliputi harga barangan runcit, barangan rumah dan pakaian.

"Kos sara hidup tertentu seperti sewa rumah, pembelian kereta dan yuran sekolah lazimnya diliputi oleh elaun yang berasingan. Data bagi kos ini dikumpul berasingan dan tidak termasuk dalam kumpulan kos sara hidup ECA," kata Quane.-- Bernama 

 

Tags / Kata Kunci: ECA , Singapura

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan