suria

MASkargo Lancar Khidmat Penghantaran Ekspres Ke KK, Kuching

KUALA LUMPUR: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), anak syarikat Malaysia Airlines Bhd, melancarkan perkhidmatan penghantaran ekspres terbaharunya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching.

Pesawat pengangkut A330-200 itu dijadual melakukan penerbangan lima kali seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke kedua-dua bandar berkenaan, kata MASkargo dalam satu kenyataan Selasa.

Perkhidmatan baharu bagi memenuhi permintaan e-dagang dan perniagaan antara Malaysia Barat dan Timur selain membawa muatan kargo am.

"Seiring kepesatan e-dagang rentas sempadan Asia, MASkargo berhasrat untuk menembusi pasaran itu memandangkan kami memiliki kemudahan gudang simpanan bertaraf dunia serta rangkaian penghantaran yang meluas," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Menurut MASkargo, penerbangan pertama MH6164 ke Kota Kinabalu akan berlepas jam 6 pagi manakala MH6114 ke Kuching pada 6.20 pagi dengan setiap satunya membawa kargo ekspres seberat 30 tan.-- Bernama 

MASkargo, Kuching

Artikel Lain