Airbus Naik Harga Purata Pesawat 1.1 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Airbus telah menaikkkan secara purata harga pesawat sebanyak 1.1 peratus bagi keseluruhan barisan produk keluarannya, berkuat kuasa 1 Januari.

Kenaikan harga telah dikira berdasarkan formula peningkatan standard Airbus  bagi tempoh Januari 2015 hingga Januari 2016, dan mengambil kira penurunan harga bahan dan komoditi, katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Harga baharu bagi 2016 mencerminkan minat kukuh para pelanggan kami di seluruh dunia ke atas barisan produk Airbus yang komprehensif, moden dan inovatif," kata Ketua Pegawai Operasi, Pelanggan John Leahy.

Airbus ialah pengeluar barisan pesawat penumpang terkemuka di dunia, dengan kapasiti daripada 100 tempat duduk hingga lebih 500 tempat duduk.

Syarikat itu telah menjual lebih 16,300 pesawat kepada 380 pelanggan di seluruh dunia, dengan lebih 9,500 pesawat sudah diserahkan kepada pembeli masing-masing.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Airbus , John Leahy

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan