Institusi Kewangan Islam Perlu Kompetitif Untuk Tarik Bukan Islam - Cendikiawan

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 9:48 PM

Sheikh Dr Yusuf Talal DeLorenzo

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan Islam perlu memulakan strategi perniagaan yang lebih berdaya saing bagi meningkatkan keyakinan bukan Islam terhadap produk mereka, kata seorang sarjana Syariah.

Perunding Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Sheikh Dr Yusuf Talal DeLorenzo berkata, pengamal kewangan Islam perlu memperkenalkan produk dan perkhidmatan mematuhi Syariah yang lebih inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna canggih.

Beliau berkata, pasaran boleh diperluaskan jika peserta industri menghasilkan produk dan perkhidmatan yang kreatif dan inovatif supaya pengguna tidak akan memilih perkhidmatan perbankan alternatif.

"Jika kita berusaha untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar, kita perlu cekap menjalankannya. Para peserta boleh berbuat demikian dengan melancarkan kempen pendidikan pengguna untuk menerangkan mengapa produk kewangan Islam lebih baik.

"Malah, kebanyakan produk kewangan Islam lebih baik berbanding konvensional, tetapi kita perlu menyampaikan mesej ini. Semakin cekap kita, semakin banyak  kejayaan yang boleh dibawa kepada institusi kita," katanya kepada Bernama selepas mengambil bahagian dalam Forum Kewangan Islam di sini, Khamis.

Dr Yusuf Talal, yang juga penasihat Syariah untuk Dow Jones Islamic Markets  dan Wafra Investment Group, berkata perbankan Islam juga perlu menggunakan teknologi dan rangkaian media sosial untuk meningkatkan kemudahan dan membolehkan produk kewangan Islam terus dipertingkatkan.

"Beberapa pelanggan saya menggunakan media sosial seperti blog dan Twitter untuk mencapai masyarakat dan memenuhi keperluan pelanggan," katanya.

Forum anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam dengan kerjasama Maybank Islamic dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia itu bertujuan melibatkan cendekiawan Syariah antarabangsa dan peserta industri kewangan Islam mengenai kewangan dan perbankan Islam.

Antara cendekiawan terkenal ialah Sheikh Nizam Mohammad Salih Yaquby, pengerusi Lembaga Pengawalseliaan Fatwa dan Syariah Mawarid Finance, dan Dr Bashir Aliyu Umar, bekas penasihat khas kepada Gabenor Bank Pusat Nigeria mengenai perbankan tanpa faedah.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan