suria

Bedah siasat 10 mangsa nahas helikopter selesai, penghormatan terakhir dilaksana ikut tradisi TLDM

Bedah siasat 10 mangsa nahas helikopter TLDM selesai pada 2.20 petang, Rabu.

PROSES bedah siasat ke atas 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai pada 2.20 petang, Rabu.

Menurut TLDM, jenazah mangsa yang beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh untuk disembahyangkan.

"Jenazah Mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan pada esok, 25 April 2024.

lokais

Lokasi pengebumian jenazah nahas helikopter TLDM.

"Jenazah Mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," ujar kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibumu wirawati kebanggaan TLDM” - Ramai tumpah air mata, mendiang Joanna Felicia tinggalkan dua anak kecil

Penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris.

Untuk rekod, dua helikopter iaitu jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Selasa.

10 mangsa yang terkorban terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain