suria

Safee Sali dakwa bekas isteri buat kecoh ceroboh kondo guna kad akses hilang... Ada sebab tak boleh jumpa anak

Safee Sali menjelaskan tentang rakaman insiden di kondominium melibatkan bekas isterinya.

SUSULAN tersebarnya rakaman pertengkaran dengan bekas isteri, jaguh bola sepak negara, Mohd Safee Mohd Sali akhirnya tampil bersuara berhubung kemelut yang melanda keluarganya.

Dakwa Safee, 40, bekas isterinya iaitu Fitria Elfina Maharip, 44, bertindak melulu dengan menceroboh ke kawasan kondominiumnya di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

"Situasi sebetulnya adalah dia (Fitria) menceroboh kawasan premis kediaman saya dan isteri. Dia menggunakan kad akses yang hilang sebelum ini bagi memasuki kondominium saya.

Interview bekas pemain bola sepak kebangsaan yang juga Presiden PFAM untuk ruangan Metropolitan & Obses. 28 JUNE 2023一CHAN TAK KONG/The Star

Safee Sali selaku penyerang sensasi Harimau Malaya bersara pada Februari 2023.

"Saya mengesyaki kad akses itu diambil dan dicuri ketika kereta saya dipecah masuk. Laporan polis mengenai insiden pencerobohan ini sudah saya buat pada hari yang sama (Isnin).

"Saya pun ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Fitria menggunakan kad akses tersebut untuk memasuki kondominium saya," kata Safee ketika dihubungi mStar.

Dia berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden pertengkaran dengan bekas isterinya itu berhubung dua anak mereka yang didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas isteri ke kondominium gagal jumpa 2 anak tapi terserempak Safee Sali bersama bini baharu - “Saya merayu, mereka buat tak tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Safee Sali, Fitria bercerai talak 2... Sebutan semula tuntutan nusyuz pada 30 April

Menerusi video tersebut, kedengaran Fitria merayu untuk berjumpa dua anak kandungnya, masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun yang terputus hubungan tanpa khabar berita dan dikatakan berada bersama Safee.

Mengulas lanjut tentang hal itu, Safee berkata dia sentiasa terbuka dalam kes tuntutan hadanah yang dibuat Fitria berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka.

Bagaimanapun dia kecewa apabila proses sulh pada 18 Mac lalu gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian apabila Fitria dikatakan bersikap berat sebelah.

Boleh je nak jumpa anak, tiada masalah pun daripada pihak saya... kita adakan semula prosiding sulh.

SAFEE SALI

"Saya bentangkan cadangan saya untuk menjaga anak dan aturan berkaitan hak lawatan tapi dia tidak bersetuju.

"Kemudiannya dia pula minta hak penjagaan anak-anak tapi tidak mahu berikan hak lawatan kepada saya sebagai seorang bapa. Tak boleh la macam tu, ia tidak adil kepada pihak saya.

"Maka prosiding sulh pun tidak berjaya dan kes ini akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada 3 April depan," katanya lagi.

Sehubungan itu dengan tegas Safee berkata, sehingga prosiding tuntutan itu selesai dia tidak akan membenarkan Fitria bertemu anak-anak mereka.

"Sementara nak tunggu proses tu memang dia tak boleh jumpa anak-anak, saya mohon dia tunggu," kata Safee.

Bagaimanapun ujar Safee, dia bersedia memberi kelonggaran kepada Fitria untuk bertemu anak-anak menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi namun dengan syarat wanita itu perlu berlapang dada untuk berbincang.

Safee Sali dan Fitria Elfina bernikah pada Disember 2013.

"Boleh je nak jumpa, tiada masalah pun daripada pihak saya. Kita adakan semula prosiding sulh, berbincang secara baik. Mesti ada solusi yang boleh dipersetujui.

"Tak perlu pun nak canang yang saya ni sekat dia daripada berjumpa anak-anak.

"Daripada pihak sini, saya memilih untuk berdiam diri, lagipun tengah bulan Ramadan, lebih baik jaga pertuturan," ujar Safee.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain