suria

Dituduh gila kuasa, Tun M dedah punca letak jawatan - “Jika benar masih disokong, saya akan kembali”

Dr Mahathir Mohamad.

SEJAK Tun Dr Mahatahir Mohamad membuat kejutan dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin, timbul banyak spekulasi mengenai politik negara termasuk pembentukan gabungan kerajaan baharu.

Selepas tiga hari, persoalan itu terjawab, apabila Dr Mahathir yang kini merupakan perdana menteri interim telah tampil menerusi perutusan khasnya pada petang Rabu.

Beliau secara terbuka berkongsi visinya bersama rakyat, termasuk menyatakan sebab-sebab memutuskan untuk meletakkan jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf jika peletakan jawatan saya salah” – Dr Mahathir minta izin wujud kerajaan tanpa memihak kepada parti

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu

Berikut adalah intipati sebab Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh:

1. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

2. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

3. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

4. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

5. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

6. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

7. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

8. Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan Umno maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang terbesar.

9. Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

Artikel Lain