suria

YDP Melaka Tun Khalil, Ketua Menteri Berlakon Teater

MELAKA: Melaka menerima Anugerah Penjenamaan Negara, The Brandlaureate 2013 malam Selasa, dan secara kebetulan para pemimpin negeri ini membuktikan kepada hadirin kenapa ia layak menerima pengiktirafan itu, dengan mempersembahkan sebuah drama teater.

Dalam teater muzikal bertajuk 'Peminangan Puteri Hang Li Po' itu, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco kerajaan negeri turut berlakon bersama para pelakon teater berpengalaman.

Kira-kira 1,000 orang menonton persembahan mereka pada Majlis Makan Malam Penutup Persidangan Pelancongan Dunia 2013 di sini.

Mereka termasuk perwakilan dari 46 negara seperti United Kingdom, Portugal, China, Australia, Argentina dan Afrika Selatan yang menyertai persidangan tiga hari itu berakhir Rabu.

Dalam persembahan teater selama lebih sejam itu, Mohd Khalil memegang watak sebagai Datuk Bandar, Idris (Raja Muda), pelakon Zulkifli Zain (Sultan Mansur Syah), Wan Maimunah (Dayang) dan barisan Exco menjadi anggota kepemimpinan negeri di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Teater muzikal itu melibatkan 500 penari pelbagai kaum yang mempersembahkan pelbagai jenis tarian Melayu, Cina, India dan lain-lain, joget lambak serta dondang sayang.

Idris berkata, persembahan itu merupakan usaha yang cukup membanggakan bagi rakyat Melaka juga seluruh rakyat Malaysia kerana ia dianggap persembahan hasil keharmonian kehidupan rakyat sehingga kini dan boleh dijadikan produk pelancongan.

Sementara itu, Idris menerima anugerah berkenaan atas pencapaian Melaka dalam pelbagai bidang terutama pelancongan daripada Presiden The Brandlaureate Dr KK Johan.

Penyampaian itu disaksikan Khalil dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng.

Idris berkata, penganugerahan itu merupakan pencapaian terbaik negeri Melaka dan akan menjadi motivasi kepada seluruh struktur pentadbiran negeri untuk terus memajukan dan meletakkan nama Melaka di peringkat global terutama dalam industri pelancongan.

"Kejayaan ini adalah kejayaan seluruh struktur pentadbiran dan rakyat Melaka...usaha lebih giat akan diteruskan bagi menarik kedatangan pelancong ke Melaka sekali gus membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mencapai KPI (penunjuk prestasi utama) yang ditetapkan," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

MELAKA, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka meraih Anugerah Penjenamaan Negara 'Country Branding Award' daripada The Brandlaureate atas pencapaian negeri itu dalam pelbagai bidang terutama pelancongan. Anugerah itu disampaikan Presiden The Brandlaureate Dr K.K Johan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron disaksikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng. Idris berkata penganugerahan itu merupakan satu pencapaian terbaik negeri Melaka dan akan menjadi motivasi kepada seluruh struktur pentadbiran negeri untuk terus memajukan dan meletakkan nama Melaka di peringkat global terutama dalam industri pelancongan. "Kejayaan ini adalah kejayaan seluruh struktur pentadbiran dan rakyat Melaka...usaha lebih giat akan diteruskan bagi menarik kedatangan pelancong ke Melaka sekaligus membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudataan mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) telah ditetapkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah itu pada Majlis Makan Malam Penutup Persidangan Pelancongan Dunia 2013 di sini, malam tadi. -- LAGI MELAKA-ANUGERAH 2 (AKHIR) MELAKA

Pada majlis sama teater musikal bertajuk Peminangan Puteri Hang Li Po turut dipersembahkan kepada kira-kira 1,000 penonton di kalangan rakyat tempatan dan anggota perwakilan dari 46 negara termasuk United Kingdom, Portugal, China, Australia, Argentina dan Afrika Selatan menyertai persidangan selama tiga hari berakhir hari ini. Menarik perhatian teater selama lebih sejam itu dilakonkan Mohd Khalil sebagai Datuk Bandar, Idris (Raja Muda) juga pelakon Zulkifli Zain (Sultan Mansur Syah), Wan Maimunah (Dayang) serta semua barisan Exco kerajaan negeri Melaka sebagai pemimpin negeri di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai jenis persembahan termasuk tarian Melayu, Cina, India, joget lambak, dondang sayang dan Arab turut dipersembahkan dalam teater yang disertai kira-kira 500 penari dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Idris berkata persembahan itu merupakan usaha yang cukup membanggakan bagi rakyat Melaka juga seluruh rakyat Malaysia kerana ia dianggap sebagai satu persembahan hasil daripada keharmonian kehidupan rakyat Malaysia sehingga kini dan boleh dijadikan produk pelancongan. -- BERNAMA

Artikel Lain