suria

Anak kecewa, bapa kantoi jalin hubungan sulit dengan ibu saudara kerana mesej FB

Perkongsian tersebut turut menerima banyak respon di laman Reddit. (FOTO: Getty Images).

SEORANG wanita mengakui kecewa apabila mendapat tahu mengenai skandal bapanya dengan ibu saudaranya sendiri.

Kata wanita itu, hubungan sulit selama 20 tahun itu terbongkar menerusi perbualan Facebook yang terbocor.

Dia membuat perkongsian itu menerusi laman Reddit.

Ujarnya, hubungan keluarga itu sangat rapat dan mereka sering melancong bersama.

Selain perbualan, kandungan mesej Facebook itu turut dipenuhi dengan pelbagai gambar.

Setelah disoal wanita itu, ibu saudaranya pantas memadam semua mesej yang terkandung di Facebook miliknya.

"Hakikat yang bapa saya sanggup buat perkara ini tidak mengejutkan saya.

"Tapi kasihan sepupu saya, mereka rapat dengan ibunya dan saya juga tak boleh bayangkan perasaan mak saya," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut menerima banyak respon di laman Reddit.

Malah, ada pelayar Reddit memberi cadangan agar wanita itu memberitahu ibunya mengenai skandal berkenaan.- Mirror.

skandal, Facebook, mesej, ibu saudara

Artikel Lain