suria

Kahwin paksa, isteri larikan diri daripada suami ketika sedang berbulan madu

Suami kepada wanita muda itu ditahan di lapangan terbang sebaik dia tiba kemudian. -foto MetroUK

SEORANG gadis British berjaya terbang pulang ke United Kingdom (UK) selepas melarikan diri daripada perkahwinan secara paksa.

Dia tiba di Lapangan Terbang Heathrow setelah melarikan diri daripada suaminya ketika mereka sedang berbulan madu.

Apabila suaminya kembali, dia dipintas di lapangan terbang tetapi tidak jelas sama ada siasatan jenayah dijalankan terhadap dirinya atau sebaliknya.

Jurucakap perhambaan moden, Amanda Read berkata: “Beberapa minggu lalu, kami mempunyai satu kes di Heathrow yang mana seorang gadis telah dipaksa kahwin, pergi berbulan madu dan berjaya melarikan diri.

“Ini adalah satu kes yang masih berlaku. Bagi saya, ini kali pertama saya melihatnya. Saya fikir ia (kahwin paksa) memang ada berlaku di sini dan bulan madu mereka tidak menjadi. Dia seorang dewasa, masih muda.

“Saya tidak ingat dengan tepat di mana dia berbulan madu. Dia datang dan membuat deklarasi ketika dia kembali. Staf daftar masuk dan kru kabin di syarikat penerbangan, termasuk EasyJet telah dilatih untuk mengesan mangsa perkahwinan paksa dan perhambaan moden.

“Tetapi polis menegaskan campur tangan lapangan terbang adalah usaha terakhir, dengan tumpuan diberikan terhadap perubahan sikap dan pencegahan,” katanya.

Kisah ini muncul ketika Scotland Yard melancarkan satu operasi di lapangan terbang paling sibuk di UK itu untuk meningkatkan kesadaran tentang perkahwinan paksa.

Dalam operasi itu, pegawai polis, bersama dengan Pasukan Sempadan mengenal pasti mangsa dan pelaku, termasuklah mereka yang berisiko melakukan sunat terhadap golongan perempuan, salah guna berasaskan penghormatan ketika mereka kembali ke UK.

Operasi ini adalah sebahagian daripada tindakan tegas kebangsaan selama seminggu mengenai perkahwinan paksa, yang digelar Operation Limelight, memberi tumpuan kepada penerbangan keluar dan masuk dari negara-negara di mana amalan ini menjadi perkara biasa. -MetroUK

kahwin paksa, hamba, bulan madu

Artikel Lain