suria

Lelaki warga emas kahwin gadis muda, beza umur 41 tahun!

Seorang lelaki tua mengahwini isterinya yang masih seorang pelajar.

TIADA siapa yang dapat meramal siapa jodoh kita pada akhirnya.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki yang juga pemilik kedai emas berusia 60 tahun berkahwin dengan gadis berumur 19 tahun.

Perkahwinan antara lelaki yang dikenali sebagai Juamar Muamar dengan gadis yang bergelar pelajar itu diadakan di Desa Bagawat, Kuningan, Pulau Jawa, Indonesia pada Rabu lalu.

Perbezaan umur antara mereka berdua adalah 41 tahun

Menerusi satu klip video yang tular, dapat dilihat majlis perkahwinan antara pemilik kedai emas itu dengan Amelia Sri Rahayu.

Dalam rakaman itu, Juamar dilihat menari bersama isterinya sambil disaksikan para tetamu selepas majlis akad nikah diadakan.

Amelia merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Kuningan.

Sebelum ini, Juamar telah berkahwin dengan Tini Nurhaeti namun isterinya itu meninggal dunia.- TribunJatim.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain